KONSEP WACANA

  KONSEP WACANA

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa woco-tidak. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, dis-course berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna 'larian ke dan dari'.Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji.Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Menurut Werth (1999) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yangsempurna yang mempunyai awal dan akhir.Menurut Johnstone, B. (2002), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur dapatmempengaruhi dan dipengaruhi.cMenurut Schiffrin et. al (2003), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa,wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat.

Analisis wacana menurut Jo hnstone, B. (2002),memfokus kepada  proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi. Menurut Sanat wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana.Analisis wacana pula berkait dengan pandangan Bahasa. Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang asasi penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana daripada segi tatabahasa tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek mempunyai kemampuan untuk menguasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana yang dimaksudkankan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitive proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara sejarah dan institusitusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpendirianranan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategidi dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa. Di sini, jelas analisis wacana bermaksud metodologi untuk melihat samaada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana,membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.  Hasil yang diperoleh melalui proses wacana boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca atau didengari. Tatatingkat unit tatabahasa Melayu boleh dilihat seperti di bawah:

 


Latar Belakang Wacana Bahasa Melayu

    Menurut Sanat Md.Nasir(2002) kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Kajian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan teks linguistik.

    Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun1980-an, iaitu separuh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi da nbuku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertamaitu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard.Artikel lain seperti LuftiAbas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, di-dapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989.Kajian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik.Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia diperingkat sekolah dasar. Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku boleh dilihat seperti dalam Asmah (1987) tentang teks sucifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988).


RUJUKAN :

Sanat Mohd Nasir (2002). Percubaan wacana tatabahasa bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura. Jurnal Bahasa & Budaya Melayu , 1 (8), 83-92.

No comments:

Post a Comment