STRUKTUR MAKLUMAT

  STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA & REMA


1. Maklumat Lama

Maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sesebuah teks adalah maklumat lama. Maklumat lama dapat dikenal pasti apabila penyampai dapat merangsangkesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak (Pickering).

            Menurut Mohd Rashid Md Idris (2004:14), maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi. Maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima. Pandangan ini disokong oleh Crystal dalam Mohd Rashid Md. Idris (2004:14-15) yang menjelaskan maklumat baru iaitu terdapatnya unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya. Berikut merupakan tujuh penanda maklumat lama:

 

Kaedah Perujukan

Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melaluiteks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti.

Kaedah Penggantian

Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.

Kaedah Perulangan

Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.

Kaedah Perulangan Sebahagian

Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

Kaedah Penghilangan

Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.

Kaedah Leksikal

Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

Kaedah prafrasa

Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.

Jadual 1: Penanda Maklumat Lama

 


2. Maklumat Baru

 

Menurut Crystal maklumat baru menggunakan konsep tambahan (Mohd Rashid Md Nasir, 2004: 19). Konsep tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah itu sepatutnya dibatasi kepada pola ayat yang memperlihatkan suatu susunan maklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis. Berikut empat penanda maklumat baru:

 

Maklumat Baru Tambahan

Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

Maklumat Baru Kontrastif

Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

Maklumat Baru Neutral

Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam perenggan.

Maklumat Baru Fokus

Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).

Jadual 2: Penanda Maklumat Baru

 

 

STRUKTUR TEMA

Menurut Halliday, struktur tema mempunyai satu rumus iaitu:

Struktur Tema = Tema + Rema

 

Konsep:

Tema biasanya berada di awal ayat yang menjadi titik mula (amanat) yang menjadi isu utama. Manakala Rema adalah sebagai pelengkap kepada tema atau maklumat tambahan


Contoh ayat:

1.      Farah pergi ke sekolah.

Farah

pergi ke sekolah

Tema

Rema

 

Menurut Sanat Md. Nasir pula, mencirikan struktur tema kepada klausa sebagai tema (amanat).  Klausa pula terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Tambahnya lagi, tema dan rema boleh berlaku dalam dua ayat.

 

Konsep:

Tema: Sebagai unsur kedudukan awal klausa atau ayat awal

Rema: Apa yang selebihnya

Contoh ayat:

1.      Seorang askar Jepun berkata, orang tua tak boleh bikin kerja.

Seorang askar Jepun

orang tua

Tema 1

Tema2

 

berkata

tak boleh bikin kerja

Rema 1

Rema 2

 

Berdasarkan jadual di atas, terdapat dua tema iaitu seorang askar Jepun dan orang tua manakala terdapat dua rema iaitu berkata dan tak boleh bikin kerja. Ini bermakna ayat di atas mengandungi dua klausa iaitu Seorang askar Jepun berkata dan orang tua tak boleh bikin kerja.

 

 

 


No comments:

Post a Comment