Friday, June 9, 2023

TEORI DAN MODEL WACANA

 TEORI DAN MODEL WACANA

TEORI TATABAHASA WACANA

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat,sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap, dalam hirarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana yang terdiri dalam bentuk tulisan atau lisan, diujarkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan sesuatu topik. Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca. Wacana lisan dihasilkan melalui media lisan yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar. Wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama iaitu kohesi (tautan) dan koheran (runtutan). Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian dilihat melalui hubungan suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Koheren pula ialah kesinambungan idea yang terdapat dalamsesbuah wacana sehinga menjadikan teks itu bermakna. (Nik Safiah Karim et.al,2008).

 

MODEL TAUTAN PINDAAN

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah Model Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik (systemic theory).

Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang, atau dari segi makna unsur itu yang berulang, atau kedua-duanya sekali. Pembahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Skema jenis jawapan tautan utama dengan subjenis masing –masing ditunjukkan seperti di bawah:

 

Tautan Perulangan:

•           Rujukan

•           Penggantian

•           Ellipsis

•           Leksikal

•           Parafrasa

•           Pallelisme

•           Perulangan Struktur dan Makna Sama

 

Tautan Kolokasi:

•           Antoniman

•           Kohiponiman

•           Hasil

•           Sifat

 

Tautan Penghubung Ayat:

 

•           Tambahan

•           Tentangan

•           Sebab - musabab

•           Waktu

•           Terusan

 

Jenis unsur tautan yang digunakan dalam Model Pengajaran Unsur Tautan ini berdasarkan Model Tautan Pindaan Sanat Md.Nasir (2002). Namun, model ini mengelakkan daripada membebankan pelajar dengan penggunaan istilah linguistik yang sukar difahami. Penggunaan istilah yang sukar akan mengelirukan pelajar (Cook, 1989).  

 

TEORI ATQAKUM

Teori Atqakum dikemukakan oleh Dr. Sanat Md. Nasir (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Konsep Penting Dalam Kertas kerja ini dibentangkan pada Persidangan Pengajian Melayu 1998. Pengajian Bahasa Melayu". Kertas kerja beliau membincangkan sebelas konsep yang dikira penting dalam pengajian bahasa Melayu. Konsep-konsep ini dibincangkan dalam kursus Teori Tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sarjana di Universiti Malaya di bawah kendalian Dr. Sanat Md Nasir. Menurut Dr. Sanat Md. Nasir (1998), bidang linguistik dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (1) linguistik gunaan yang merujuk kepada pengajaran bahasa (2) linguistik gunaan lain yang berkaitan dengan sains tulen, dan (3) linguistik tulen yang khusus tentang ilmu bahasa demi ilmu Bahasa.

Menurut beliau lagi, dari segi tujuan mahupun bidang. Bahasa Melayu sebagai korpus bidang pengajian perlu sampai ke tahap kepadaan atqakum. Kepadaan atqakum terkandung dalam Teori Atqakum. Teori yang bermakna khusus ini merujuk kepada bukan sekadar teori, tetapi lebih daripada itu, iaitu perintah supaya bertakwa dan menjadi paling bertakwa di sisi Allah SWT Oleh itu, beliau mengemukakan "Teori Atqakum dengan harapan dapat sama-sama dikongsi dan dimanfaatkan. Konsep-konsep penting dalam teori atqakum ini perlu diikat dengan amal makruf nahi mungkar. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolonganumat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Imran:104). Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus, iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Teori ini menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang memaksimumkan fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liya’budu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan bahasa pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual, iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk kepada kemahabesaran Allah (wakhilaf) bagi yang mengetahuinya. Kerangka fungsi bahasa (liya’budu) ini tidak hanya terbatas kepada penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan.

      Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep ‘alamma’ memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya, iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai ‘Wacana Plus Plus’. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat ddalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia.


Berdasarkan rajah 1.2, 'Teori' Atqakum berada di tatatingkat paling atas selepas wacana, sintaksis, morfologi dan fonologi Jelas bahawa Teori Atqakum mampu melihat sesuatu unsur tatabahasa bahasa Melayu itu dengan lebih komunikatif berdasarkan kedudukannya dalam tatatingkat tatabahasa.

 

 

 

 

 

 

 

MODEL SATO HARIBUMI (RAHMAT ABDULLAH) 

Pelbagai kajian berkaitan dengan wacana, Pada mulanya ayat disifatkan sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam bahasa atau satuan terbesar dalam deskripsi tatabahasa. Sekitar 1990-an memperlihatkan penelitian tentang wacana bahasa Melayu kian menyerlah. Sato Haribumi atau Rahmat Abdullah merupakan ahli bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang wacana.

KONSEP RUNTUTAN ATAU KOHERAN

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa koheren (runtutan) ialah cara komponen dunia teks, iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan boleh diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep, iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses). Menurut Mohd Rashid (2004:11) runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Menurut Leman (2002), koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:

(i)Aturan Pengulangan;

(ii)Aturan Perkembangan;

(iii)Aturan Hubungan;

(iv)Aturan Tidak Bercanggah.

Untuk mempelajari wacana, anda terlebih dahulu perlu mengetahui teori komunikasi, sama ada unsur-unsurnya atau pun kaedah komunikasi.

MAKLUMAT LAMA DAN BARU

Maklumat ialah perkara yang ingin disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan yang disusun mengikut cara tertentu dalam proses menyampaikan komunikasi atau penyampaian maklumat. Dalm perbualan harian sudah pasti yang dilontarkan jarang seklai disusun apa yang ingin dikotakan dan perkara yang ingin disampaikan dihasilkan secara neutral atau spontan yang disampaikan melalui tujuan percakapan maklumat. Tanpa kita sedari, cara kita berkomunikasi telah membina struktur dalam nahu bahasa pada peringkat klausa. Setiap klausa mempunyai struktur dan kita menggunakannya dalam lisan dan maklumat yang ingin disampaikan. Menurut Halliday, struktur maklumat merujuk kepada 'proses interaksi di antara apa yang sudah diketahui atau dijangkakan dan apa yang baru atau tidak dijangkakan'. Unit maklumat terdiri daripada satu unsur maklumat pilihan bermakna boleh ada atau tidak ada yang pasti ada hanya maklumat baru dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, pembaca faham adakah maklumat lama yang ditiadakan, maklumat baru dan diikuti oleh satu unsur baru yang wajib(maklumat baru).Struktur maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru.

            Struktur maklumat lama ialah maklumat yang dijangka sudah diketahui oleh pendengar sebelum ini manakala maklumat baru pula ialah maklumat yang belum diketahui oleh pendengar dan belum mendengarnya. Maklumat baru terdiri pada bahagian kedua klausa. Sesuatu komunikasi dapat berlangsung secara berkesan apabila penyapa dapay berkongsi pengetahuan baru atau lama dalam menyampaikan maklumat kepada pesapa. Pengetahuan yang dikongsikan selalunya terdapat pada permulaan klausa termasuk maklumat baru yang menjadi fokus kepada mesej yang ingin disampaikan kepada mesej penyapa. Manakala menurut Brown dan Yule (1983) menyatakan struktur maklumat dilihat sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan unit lokal yang kecil pada peringkat frasa atau klausa. Hal in kerana, ianya merupakan sumber penutur atau penulis untuk memberitahu penerima ataupendengar tentang maklumat. Oleh itu maklumat disampaikan melalui lisan mahupun tulisan yang boleh dihasilkan melalui maklumat lama atau maklumat baru.

 

 

 

 

RUJUKAN

Harimurti Kridalaksana (1984).Kamus Linguistik . Indonesia :Gramedia

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sanat Md. Nasir (2002). "Teori" Atqakum dalam pemikiran mengajar bahasa Melayu .

Zamri Salleh & Abdull Sukor Shaari. (2009). Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 55-78.

No comments:

Post a Comment