Friday, June 9, 2023

TENTANG KAMI

 AHLI KUMPULAN KAMI


MAISAILA ATHIKAH BINTI MOHD AZLAN

D20201094208

ISMP SEJARAH



FARAH DIBA BINTI RODI

D20201094209

ISMP SEJARAH



AZIZA NAJIHA BINTI JOHYRI@JOHARI

D20201094190

ISMP SEJARAH




SITI AIDA BINTI KAMARUDDIN

D20201094199

ISMP SEJARAH

TEORI DAN MODEL WACANA

 TEORI DAN MODEL WACANA

TEORI TATABAHASA WACANA

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat,sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap, dalam hirarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana yang terdiri dalam bentuk tulisan atau lisan, diujarkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan sesuatu topik. Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca. Wacana lisan dihasilkan melalui media lisan yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar. Wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama iaitu kohesi (tautan) dan koheran (runtutan). Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian dilihat melalui hubungan suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Koheren pula ialah kesinambungan idea yang terdapat dalamsesbuah wacana sehinga menjadikan teks itu bermakna. (Nik Safiah Karim et.al,2008).

 

MODEL TAUTAN PINDAAN

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah Model Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik (systemic theory).

Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang, atau dari segi makna unsur itu yang berulang, atau kedua-duanya sekali. Pembahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Skema jenis jawapan tautan utama dengan subjenis masing –masing ditunjukkan seperti di bawah:

 

Tautan Perulangan:

•           Rujukan

•           Penggantian

•           Ellipsis

•           Leksikal

•           Parafrasa

•           Pallelisme

•           Perulangan Struktur dan Makna Sama

 

Tautan Kolokasi:

•           Antoniman

•           Kohiponiman

•           Hasil

•           Sifat

 

Tautan Penghubung Ayat:

 

•           Tambahan

•           Tentangan

•           Sebab - musabab

•           Waktu

•           Terusan

 

Jenis unsur tautan yang digunakan dalam Model Pengajaran Unsur Tautan ini berdasarkan Model Tautan Pindaan Sanat Md.Nasir (2002). Namun, model ini mengelakkan daripada membebankan pelajar dengan penggunaan istilah linguistik yang sukar difahami. Penggunaan istilah yang sukar akan mengelirukan pelajar (Cook, 1989).  

 

TEORI ATQAKUM

Teori Atqakum dikemukakan oleh Dr. Sanat Md. Nasir (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Konsep Penting Dalam Kertas kerja ini dibentangkan pada Persidangan Pengajian Melayu 1998. Pengajian Bahasa Melayu". Kertas kerja beliau membincangkan sebelas konsep yang dikira penting dalam pengajian bahasa Melayu. Konsep-konsep ini dibincangkan dalam kursus Teori Tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sarjana di Universiti Malaya di bawah kendalian Dr. Sanat Md Nasir. Menurut Dr. Sanat Md. Nasir (1998), bidang linguistik dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (1) linguistik gunaan yang merujuk kepada pengajaran bahasa (2) linguistik gunaan lain yang berkaitan dengan sains tulen, dan (3) linguistik tulen yang khusus tentang ilmu bahasa demi ilmu Bahasa.

Menurut beliau lagi, dari segi tujuan mahupun bidang. Bahasa Melayu sebagai korpus bidang pengajian perlu sampai ke tahap kepadaan atqakum. Kepadaan atqakum terkandung dalam Teori Atqakum. Teori yang bermakna khusus ini merujuk kepada bukan sekadar teori, tetapi lebih daripada itu, iaitu perintah supaya bertakwa dan menjadi paling bertakwa di sisi Allah SWT Oleh itu, beliau mengemukakan "Teori Atqakum dengan harapan dapat sama-sama dikongsi dan dimanfaatkan. Konsep-konsep penting dalam teori atqakum ini perlu diikat dengan amal makruf nahi mungkar. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolonganumat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Imran:104). Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus, iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Teori ini menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang memaksimumkan fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liya’budu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan bahasa pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual, iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk kepada kemahabesaran Allah (wakhilaf) bagi yang mengetahuinya. Kerangka fungsi bahasa (liya’budu) ini tidak hanya terbatas kepada penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan.

      Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep ‘alamma’ memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya, iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai ‘Wacana Plus Plus’. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat ddalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia.


Berdasarkan rajah 1.2, 'Teori' Atqakum berada di tatatingkat paling atas selepas wacana, sintaksis, morfologi dan fonologi Jelas bahawa Teori Atqakum mampu melihat sesuatu unsur tatabahasa bahasa Melayu itu dengan lebih komunikatif berdasarkan kedudukannya dalam tatatingkat tatabahasa.

 

 

 

 

 

 

 

MODEL SATO HARIBUMI (RAHMAT ABDULLAH) 

Pelbagai kajian berkaitan dengan wacana, Pada mulanya ayat disifatkan sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam bahasa atau satuan terbesar dalam deskripsi tatabahasa. Sekitar 1990-an memperlihatkan penelitian tentang wacana bahasa Melayu kian menyerlah. Sato Haribumi atau Rahmat Abdullah merupakan ahli bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang wacana.

KONSEP RUNTUTAN ATAU KOHERAN

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa koheren (runtutan) ialah cara komponen dunia teks, iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan boleh diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep, iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses). Menurut Mohd Rashid (2004:11) runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Menurut Leman (2002), koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:

(i)Aturan Pengulangan;

(ii)Aturan Perkembangan;

(iii)Aturan Hubungan;

(iv)Aturan Tidak Bercanggah.

Untuk mempelajari wacana, anda terlebih dahulu perlu mengetahui teori komunikasi, sama ada unsur-unsurnya atau pun kaedah komunikasi.

MAKLUMAT LAMA DAN BARU

Maklumat ialah perkara yang ingin disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan yang disusun mengikut cara tertentu dalam proses menyampaikan komunikasi atau penyampaian maklumat. Dalm perbualan harian sudah pasti yang dilontarkan jarang seklai disusun apa yang ingin dikotakan dan perkara yang ingin disampaikan dihasilkan secara neutral atau spontan yang disampaikan melalui tujuan percakapan maklumat. Tanpa kita sedari, cara kita berkomunikasi telah membina struktur dalam nahu bahasa pada peringkat klausa. Setiap klausa mempunyai struktur dan kita menggunakannya dalam lisan dan maklumat yang ingin disampaikan. Menurut Halliday, struktur maklumat merujuk kepada 'proses interaksi di antara apa yang sudah diketahui atau dijangkakan dan apa yang baru atau tidak dijangkakan'. Unit maklumat terdiri daripada satu unsur maklumat pilihan bermakna boleh ada atau tidak ada yang pasti ada hanya maklumat baru dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, pembaca faham adakah maklumat lama yang ditiadakan, maklumat baru dan diikuti oleh satu unsur baru yang wajib(maklumat baru).Struktur maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru.

            Struktur maklumat lama ialah maklumat yang dijangka sudah diketahui oleh pendengar sebelum ini manakala maklumat baru pula ialah maklumat yang belum diketahui oleh pendengar dan belum mendengarnya. Maklumat baru terdiri pada bahagian kedua klausa. Sesuatu komunikasi dapat berlangsung secara berkesan apabila penyapa dapay berkongsi pengetahuan baru atau lama dalam menyampaikan maklumat kepada pesapa. Pengetahuan yang dikongsikan selalunya terdapat pada permulaan klausa termasuk maklumat baru yang menjadi fokus kepada mesej yang ingin disampaikan kepada mesej penyapa. Manakala menurut Brown dan Yule (1983) menyatakan struktur maklumat dilihat sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan unit lokal yang kecil pada peringkat frasa atau klausa. Hal in kerana, ianya merupakan sumber penutur atau penulis untuk memberitahu penerima ataupendengar tentang maklumat. Oleh itu maklumat disampaikan melalui lisan mahupun tulisan yang boleh dihasilkan melalui maklumat lama atau maklumat baru.

 

 

 

 

RUJUKAN

Harimurti Kridalaksana (1984).Kamus Linguistik . Indonesia :Gramedia

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sanat Md. Nasir (2002). "Teori" Atqakum dalam pemikiran mengajar bahasa Melayu .

Zamri Salleh & Abdull Sukor Shaari. (2009). Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 55-78.

HALAMAN UTAMA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA;

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. Blog ini dibina oleh empat orang ahli yang terdiri daripada Siti Aida Binti Kamaruddin, Farah Diba Binti Rodi, Aziza Najiha Binti Johyri@Johari, dan Maisaila Athikah Binti Mohd Azlan. Pembinaan blog ini adalah sebagai salah satu syarat untuk melengkapi tugasan berkumpulan bagi kursus BML3023 Analisis Wacana Bahasa Melayu. Oleh itu, kami mengalu-alukan segala komen dan penambahbaikan daripada anda semua.

    Seperti yang anda maklum, kajian analisis wacana merupakan kajian yang cukup kompleks dibandingkan dengan bahasa lain. pemahaman wacana yang baik bagi mahasiswa akan memberi kesan terhadap kemampuan dan pengetahuan mahasiswa dalam mengaplikasilan pada karya ilmiah seperti jurnal, artikel, rencana, dan sebagainya.

    Selain itu, bagi menghasilkan sebuah medium yang berilmiah, kami menjemput anda memberi komen dan berkongsi pengetahuan anda mengenai ilmu wacana ini. Semoga dengan ilmu yang disampaikan dalam blog ini akan menambah lagi ilmu pengetahuan baru kepada pembaca terutama dalam ilmu wacana.

 

Dengarkan serangkap pantun nukilan daripada kumpulan kami;

Assalamualaikum salam sejahtera,

Pembuka kata lidah bicara,

Hadir tuan meriah suasana,

Kami menyambut penuh gembira.

STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA & REMA

 STRUKTUR MAKLUMAT & STRUKTUR TEMA DAN REMA

STRUKTUR MAKLUMAT 

1.      Maklumat Lama

    Maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sesebuah teks adalah maklumat lama. Maklumat lama dapat dikenal pasti apabila penyampai dapat merangsang kesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak (Pickering).

            Menurut Mohd Rashid Md Idris (2004:14), maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi. Maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima. Pandangan ini disokong oleh Crystal dalam Mohd Rashid Md. Idris (2004:14-15) yang menjelaskan maklumat baru iaitu terdapatnya unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya. Berikut merupakan tujuh penanda maklumat lama:

 

Kaedah Perujukan

Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti.

Kaedah Penggantian

Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.

Kaedah Perulangan

Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.

Kaedah Perulangan Sebahagian

Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

Kaedah Penghilangan

Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.

Kaedah Leksikal

Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

Kaedah Prafrasa

Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.

Jadual 1: Tujuh Penanda Maklumat Lama

 

 

2.      Maklumat Baru

Menurut Crystal maklumat baru menggunakan konsep tambahan (Mohd Rashid Md Nasir, 2004: 19). Konsep tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah itu sepatutnya dibatasi kepada pola ayat yang memperlihatkan suatu susunan maklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis. Berikut merupakan tujuh penanda maklumat baru:

 

Maklumat Baru Tambahan

Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

Maklumat Baru Kontrastif

Merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

Maklumat Baru Neutral

Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam perenggan.

Maklumat Baru Fokus

Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).

Jadual 2: Tujuh Penanda Maklumat Baru


STRUKTUR TEMA

 Menurut Halliday, struktur tema mempunyai satu rumus iaitu:

Struktur Tema = Tema + Rema

 

Konsep:

Tema biasanya berada di awal ayat yang menjadi titik mula (amanat) yang menjadi isu utama. Manakala Rema adalah sebagai pelengkap kepada tema atau maklumat tambahan.

Contoh ayat:

1.      Farah pergi ke sekolah.

Farah

pergi ke sekolah

Tema

Rema


Menurut Sanat Md. Nasir pula, mencirikan struktur tema kepada klausa sebagai tema (amanat).  Klausa pula terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Tambahnya lagi, tema dan rema boleh berlaku dalam dua ayat.


Konsep:

Tema: Sebagai unsur kedudukan awal klausa atau ayat awal

Rema: Apa yang selebihnya

Contoh ayat:

1.      Seorang askar Jepun berkata, orang tua tak boleh bikin kerja.

Seorang askar Jepun

orang tua

Tema 1

Tema2

 

berkata

tak boleh bikin kerja

Rema 1

Rema 2

 

Berdasarkan jadual di atas, terdapat dua tema iaitu seorang askar Jepun dan orang tua manakala terdapat dua rema iaitu berkata dan tak boleh bikin kerja. Ini bermakna ayat di atas mengandungi dua klausa iaitu Seorang askar Jepun berkata dan orang tua tak boleh bikin kerja.

 

 

 






ASPEK TATABAHASA WACANA

 Latar Belakang Wacana

Menurut Sanat Md. Nasir (2002), wacana merupakan sebuah bidang kajian yang mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab-kitab agama seperti teks Veda (1200-1000 S.M). Namun demikian, ada yang jauh lebih awal daripada kitab Hindu tersebut iaitu pada zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi sejak Nabi Adam.

       Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) dan seterusnya kepada aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M. Namun demikian, retorik klasik mula suram apabila munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Seterusnya, lahir aliran struktural pada awal abad ke-20 yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalisme aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Maka, lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas kepada runtutan teks.

Di Great Britain, aliran Firth (1935) telah berkembang di mana ia menghubungkan bahasa dengan persekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika Syarikat pula, terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat.

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan tahun 1960-an iaitu munculnya analisis struktural wacana di Perancis. Selain itu, terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb di Amerika Syarikat. Aliran linguistik dipelopori oleh Hartmann di Jerman. Di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang kini dikenali dengan linguistik sistemik. Gleason (1968) berpendapat bahawa terdapat dua konstituen semologi dalam struktur wacana iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Tahun1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif.

Analisis wacana pada tahun 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang kerana terdapat terbitan yang besar dalam tempoh tersebut daripada Beugrande dan Dressler (1981) iaitu Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983) dengan The Grammar of Discourse, Halliday (1985) dengan An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992) dengan terbitannya iaitu English Text: System and Structure, dan Cook (1994) iaitu Discourse. Perkembangan yang berlaku pada pertengahan 1990-an dan awal abad ke-21 menunjukkan bahawa analisis wacana telah memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995, 2001 dan 2003). Beliau juga telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992.

 

Latar Belakang Wacana Bahasa Melayu

Menurut Sanat Md. Nasir (2002), kajian wacana bahasa Melayu dikatakan masih baru dan ada pendapat yang mengatakan bahawa Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan pelopor analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.

       Harimurti Kridalaksana (1970) ada menulis makalah beliau yang bertajuk ‘NYA sebagai penanda anafora’. Pada tahun 1978, beliau juga telah menulis kertas kerja yang bertajuk ‘Keutuhan Wacana’ dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel tersebut membincangkan tentang keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Asmah Haji Omar ((1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk ‘Analisis Wacana’ dan ‘Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana’. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). Kemunculan banyak penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu seperti artikel, disertasi dan buku yang berlaku dalam tahun 1980-an merupakan kesan daripada aktiviti penyelidikan wacana sebagai satu disiplin yang rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat.

Selain itu, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius dalam peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994 mendapati bahawa latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat kurang daripada 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana dalam tempoh tersebut sehinggalah tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong mengkaji kesinambungan topik.

 

Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988) banyak melakukan penyelidikan wacana pada peringkat disertasi kedoktoran. Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris mankala Rafferty pula melihat kepada struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Seterusnya, Azhar meneliti aspek sintaksis wacana dalam bahasa Malaysia dan Tallie cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar melalui pendekatan analisis wacana.

       Pada awal 1990-an, berlakunya kerancakan dalam penelitian tentang wacana bahasa Melayu daripada Sato (1991) yang menghasilkan tesis Ph.D bertajuk ‘Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah’. Beliau lebih fokus kepada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana memilih tajuk ‘Analisis Wacana dan Penerapannya’ dan beliau secara meluas telah menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menulis artikel atau kertas kerja seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat Md. Nasir (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995).

Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Selain itu, kajian wacana sebagai subjek kursus pada peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran. Tinjauan itu mendapati bahawa hanya Jabatan Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut kepada mahasiswa-mahasiswanya. Namun demikian, kursus itu juga dianggap umum kerana sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif. Seterusnya, Jabatan Pengajian Melayu di National University of Singapore, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus ‘Analisis Wacana’ di peringkat ijazah bagi sesi 1989/90. Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya mula menawarkan kursus tersebut pada sesi 1993/94 dengan tajuk ‘Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu’.

 

Ciri – Ciri Wacana

 Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

i. TAUTAN

Menurut Sanad Md. Nasir (2002), tautan atau kohesi adalah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Perkara ini selalu dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan adalah penting kerana melalui tautan, ia dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan.

       Halliday dan Hasan telah cuba melihat makna tautan makna itu dari aspek dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Maka hasil daripada kajian mendapati kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:

1. Ali, Abu dan Faris ke padang.

2. Mereka ke sana untuk bermain bola.

       Berdasarkan contoh di atas, terdapat tautan dalam kedua-dua ayat tersebut iaitu perkataan ‘mereka’ dalam ayat kedua merujuk kepada Ali, Abu dan Faris. Perkataan ‘sana’ merujuk kepada padang. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana yang bermakna dan difahami oleh pembaca.

     Tautan menurut Model Tautan Pindaan terbahagi kepada tiga jenis tautan yang utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Berikut merupakan penerangan secara ringkas mengenai jenis tautan serta subjenis tautan yang terdapat dalam Model Tautan Pindaan (MTP) oleh Sanad Md. Nasir.

 

Jenis Tautan Utama

Subjenis Tautan

Tautan Perulangan

i. Tautan Perulangan Rujukan

ii. Tautan Perulangan Penggantian

iii. Tautan Perulangan Elipsis

iv. Tautan Perulangan Leksikal

v. Tautan Perulangan Parafrasa

vi. Tautan Perulangan Paralelisme

vii. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

Tautan Kolokasi

i. Tautan Kolokasi Antoniman

ii. Tautan Kolokasi Kohiponiman

iii. Tautan Kolokasi Hasil

iv. Tautan Kolokasi Sifat

Tautan Penghubung Ayat

i. Tautan Penghubung Ayat Tambahan

ii. Tautan Penghubung Ayat Tentangan

iii. Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

iv. Tautan Penghubung Ayat Waktu

v. Tautan Penghubung Ayat Terusan


ii. RUNTUTAN

Runtutan atau koheran didefinisikan sebagai kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Menurut Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid pula mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu.

        Menurut F.J Angelo dalam Tarigan, runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan dan sebagainya. Pembahagian aspek runtutan terbahagi kepada aditif atau penambahan, rentetan, pengulangan, penekanan, hubungan keseluruhan dan bahagian, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan perbandingan, hubungan ibarat dan hubungan tujuan.

 

a)      Aditif atau Penambahan

Fungsi aditif adalah untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara. Terdapat pelbagai jenis aditif seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, di samping itu dan sebagainya. Contohnya,

 

Encik Jamal disukai ramai kerana selalu menolong orang kampung. Tambahan pula, dia seorang ketua kampung yang adil dan baik hati. Dia juga seorang yang murah hati dan prihatin terhadap masalah penduduk Kampung Tengah.

 

 

b) Rentetan

  Digunakan sebagai tanda untuk memperkatakan sesuatu secara berurutan dan menjelaskan sesuatu proses. Misalnya:

 

Selepas bangun tidur, saya akan mengemas katil. Kemudian, saya akan pergi ke tandas untuk mandi. Selepas itu, saya akan menunaikan solat subuh. Setelah itu, saya akan bersarapan sebelum ke kelas. Akhir sekali, aku menunggu bas untuk ke kampus.

 

 

c)      Pengulangan

Pengulangan sering digunakan sebagai penegasan sesuatu maklumat yang diperkatakan. Apabila sesuatu maklumat diulang banyak kali, pembaca boleh memahami dengan jelas tentang topik yang diperkatakan.  Misalnya:

 

Ibu merupakan orang yang paling berjasa dalam kehidupan seseorang kerana melahirkannya ke dunia. Ibu juga yang menyuapkan makanan kepada saya. Selain itu, ibulah insan yang berjaga siang dan malam untuk menjaga saya ketika sakit.

 

 

d)     Penekanan

Penekanan ditandai dengan kata sesungguhnya, sungguh, memang, nampaknya dan bahawasanya. Kata penekanan merupakan bentuk penegasan bagi kata yang bergabung dengannya. Misalnya:

 

1) Iman memang seorang yang kedekut.

2) Sungguh nakal murid itu di sekolah.

 

 

ii. TUJUAN

Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting yang perlu ada dalam wacana kerana ia berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan mestilah mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Tujuan itu akan ditentukan oleh penulis atau penutur itu sendiri. Sesuatu ujaran atau tulisan itu mestilah mempunyai tujuan untuk mewujudkan interaksi yang komunikatif antara penutur. Akhirnya, tujuan tersebut akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menentukan tujuan seseorang penulis atau penutur itu:

 

Menentukan Tujuan Melalui Ayat:

Ø Ayat tanya

Ayat tanya memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti tujuan terhadap sesuatu ujaran atau tulisan. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), terdapat dua jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Kedua-dua jenis ayat ini pula akan menghasilkan tujuan tertentu. Sekiranya pertanyaan merupakan ayat tanya terbuka, jawapan adalah bersifat pelbagai. Manakala bagi ayat tanya tertutup pula jawapannya hanya memberi pilihan sama ada ya atau tidak.

Ø Ayat perintah

Ayat perintah merupakan ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), ayat perintah merupakan ayat yang bertujuan untuk memberi arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.

Ø ·         Ayat seruan

Menurut Ahmad Khair (2009), ayat seruan digunakan untuk menunjukkan perasaan yang kuat, kagum, marah, sakit atau hairan.

 

iii. PENERIMAAN

Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek ini berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini dikatakan demikian kerana kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Ini bermakna pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut. Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur sama ada ia dapat difahami atau sebaliknya. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana. Penerimaan terdiri kepada dua tahap iaitu:

a) Tahap Penerimaan

b) Tahap Kebolehbacaan


iv. STRUKTUR MAKLUMAT

Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini seperti Halliday dan Sanat Md Nasir. Halliday yang dipetik melalui Mohd Rashid Md Idris (2004) mendefinisikan struktur maklumat sebagai aspek yang termasuk dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacana berdasarkan maklumat lama atau maklumat baharu. Sanat Md. Nasir yang dipetik melalui Mohd. Rashid Md. Idris (2007) menjelaskan struktur maklumat adalah struktur yang membina unit maklumat. Unit maklumat yang dimaksudkan ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baharu.

UNIT MAKLUMAT = MAKLUMAT LAMA + MAKLUMAT BARU

 

Berdasarkan rumus di atas, maklumat lama adalah bersifat opsional atau pilihan iaitu maklumat tersebut akan dialirkan sekiranya terdapat perubahan status idea semasa proses memahaminya.


v. KEADAAN

Keadaan yang dimaksudkan dalam wacana adalah latar sewaktu bahasa itu digunakan untuk membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu teks tersebut. Misalnya, ungkapan “Jangan masuk” dapat difahami oleh pendengar kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang melarang orang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Nik Hassan Nik Basri mengatakan bahawa latar juga adalah keterangan, gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan yang meliputi perihal tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya. Sebagai contoh di dalam karya terdapat pelbagai jenis latar seperti latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah dan sebagainya.

       Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Oleh sebab itu, setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat kerana ia akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Contoh gaya formal adalah seperti interaksi antara guru dan murid. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

Wacana perlu ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan, jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Selain itu, jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.

 

vi. INTERTEKS

Interteks merupakan pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan, maka tahap penerimaan menjadi semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan oleh penulis atau penutur. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan interteks. Interteks juga perlu mempunyai pertalian. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku dengan buku. Contoh seperti di bawah:

 

Motor itu berwarna merah. Haris menunggang motor itu.

 

Berdasarkan contoh ayat di atas, ia menunjukkan wujud ciri interteks. Melalui ayat kedua, kita mengetahui Haris menunggang motor merah melalui peryataan pada ayat pertama.

 

RUJUKAN

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.